Syarat dan Rukun Sembahyang Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
| Orang Islam. | | Menghadap arah Kiblat | | Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. | | Akil baligh | | Melihat atau mendengar. | | Jaga (tidak tidur) | | Sudah masuk waktu sembahyang. | Syarat Sah Sembahyang Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
| Sesudah masuk waktu sembahyang. | | Menghadap ke arah Kiblat. | | Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). | | Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. | | Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah. | Rukun Sembahyang Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
| BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring. | | NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram. | | TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar. | | MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin. | | RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah. | | IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk. | | SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. | | DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama. | | DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR. | | MEMBACA TAHAIYAT AKHIR. | | MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. | | MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. | | TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat. | Perkara Yang Membatalkan Sembahyang Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
| Batal Wuduk. | | Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut). | | Terbuka Aurat. | | Melangkah, tiga langkah berturut-turut. | | Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang. | | Tertawa Terbahak-bahak. | | Bercakap, berkata-kata dengan sengaja. | | Berubah Niat. | | Mendahulu Imam sampai dua rukun. | | Meninggalkan rukun Sembahyang. | Sumber : E-Zakat
|
No comments:
Post a Comment